Sedikit perkongsian dari saya yang serba kekurangan..
Anda bercita-cita hendak menjadi seorang guru?well done!teruskan impian anda tetapi anda perlu membuat keputusan yang sangat teliti memndangkan ia mengambil kesan yang berpanjangan..
Menurut Kottler dan Zehm(2000) antara sifat-sifat sahsiah guru yang hebat ialah perlu mempunyai ciri-ciri tersebut.
Karismatik
-suatu kuasa tentang diri yang dapat menarik minat orang lain.
-ciri yang terdapat pada seorang guru yang karismatik ini merupakan sifat yang unik yang menyebabkan guru tersebut disukai oleh para muridnya.
contoh:kebolehan guru tersebut dalam mengawal kelas dengan mengaplikasikan cara yang unik dan menarik atau menggunakan bahan dan lat bantu mengajar yang kreatif dan bersahaja yang membuatkan mata pelajatran yang sukar menjadi mata pelajaran yang digemari oleh para muridnya.
Penyayang
-sifat penyayang sudah semestinya dengan mengambil berat dan menyayangi orang lain serta prihatin sesama.
-merupakan aspek yang sangat penting dalam pendidikan yang membolehkan anak didiknya mudah untuk mempercayai ini disebabkan mereka akan berasa lebih selamat.
-guru yang bersifat mengambil berat terhadap diri anak didiknya akan sentiasa dihormati dan disayangi.
contoh:Adakalanya dengan bertanya khabar,lontaran kata-kata semangat,sebarkan senyuman kepada seseorang murid juga akan menyebabkan murid yang mengalami kepayahan dalam hidup automatik mereka akan berasa lebih tenang kerana mereka percaya bahawa masih ada yang prihatin terhadap hidup mereka.
Keadilan
-memberi hak kepada mereka yang berhak.
-Ketidakadilan boleh dirasai apabila suatu tindakan yang tidak dilakukan secara tidak saksama.
-seorang guru perlu bijak dalam mengambil sebarang tindakan dengan membuat keputusan yang sama rata,tanpa pilih kasih,darjat dan rupa serta kepentingan seseorang.
-sikap bias atau pilih kasih amat sangat perlu dielakkan bagi seorang guru yang memiliki sahsiah yang baik.
Kecindan
-maksud kecindan ialah kelakar yang tiada unsur lucah
-dalam dunia pendidikan semestinya memerlukan suasana yang ceria dan harmoni,supaya murid tidak cepat berasa bosan.
-Antara cara untuk mendapatkan dan menarik minat murid-murid supaya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran mereka ialah dengan adanya unsur kecindan dan sesekali mesti ada masa untuk bermain demi melepaskan tekanan belajar para murid dengan syarat perlulah bersesuaian dengan usia perkembangan dan peredaran zaman.
Haaa..dah tahu serba sikit kan...aplikasilah dalam kehidupan anda sebagai seorang guru...Semoga dapat memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak didik anda...
k Byeee.
No comments:
Post a Comment