Saturday, 10 June 2017

bahan bantu mengajar

 KEBAIKAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR (BBM)

Salah satu kebaikan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) ialah dapat memberikan kefahaman kepada pelajar tentang konsep sesuatu perkara semasa belajar. Hal ini disokong oleh Nor Azlan dan Nurdalina. Menurut Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar memainkan peranan penting kearah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik  minat   pelajar   dalam   mata pelajaran.   Bahan   bantu  mengajar   merupakan instrumen dalam membantu pemahaman para pelajar. Pertama, bahan bantu mengajar juga dikatakan lebih membantu merangsang dunia pelajar untuk pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Noor Azlan dan Nurdalina (2010) Bahan bantu mengajar juga dapat menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.  Hal ini dapat digambarkan seperti seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan Bahan Bantu Mengajar (BBM) agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru. Menurut Finkbeiner (2001) tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan BBM iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran. Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Hal ini disokong juga oleh kajian yang dilakukan Hamdan dan Surizan (2010) iaitu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang direka cipta seperti jangka sudut khas dapat meningkatkan   dan   mempercepatkan   lagi   proses   pemahaman   konsep   dan   penguasaan   topik penjelmaan kerana pelajar dapat mengaplikasikan sendiri dengan menggunakan bahan maujud untuk direalisasikan dalam kemahiran topik penjelmaan khususnya subtopik putaran.
            Selain itu,  penggunaan   bahan   bantu   mengajar   juga   dapat   mencetuskan   minat   pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar (Noor Azlan, Nurdalina, 2010). Norma (2004) juga menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses   pembelajaran   yang   menyeronokkan.   Pembelajaran   yang   menyeronokkan   ini   dapat membantu para pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang.
            Bukan itu sahaja,  pelbagai   bahan   bantu   mengajar   digunakan   sebagai   satu   cara   untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Cara penggunaan bahan bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka (Norma,2004) .
            Seterusnya, BBM juga memberi kebaikan kepada pelajar dari segi pengalaman pancaindera. Menurut Norma (2004)  penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran. Keenam, Saridah (2006)  pula  menyatakan  bahan bantu  mengajar  sesuatu mata pelajaran seperti perisian multimedia dapat menyokong pembelajaran kendiri. Perisian perisian memberi peluang kepada   pelajar  untuk  memilih   maklumat   yang  disukai   mengikut  kebolehan   masing-masing kerana pelajar dapat memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran dengan kadar yang cepat. Pembelajaran dapat dilakukan berulang kali, terutamanya untuk topik yang agak sukar.
            Di samping itu, Rohana Zubir (1987) berpendapat bahawa bahan pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan minat dan kesungguhan di kalangan pelajar. Sekiranya penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kerap dilakukan oleh guru, kemungkinan pelajar akan dapat mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan. Zuraidah (l988) telah menjalankan kajian ke atas pelajar di sebuah sekolah menengah di Seremban bagi rnelihat keberkesanan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran kimia. Pelajar-pelajar telah menyatakan bahawa penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran amat berkesan dalarn membantu proses pengajaran mereka. Menurut Mohd Dahlan(l992), telah rnembuat kajian tentang keberkesanan penggunaan alat dan bahan bantu rnengajar peserta-peserta kursus perguruan khas dalam pengajaran dan pembelajaran. Didapati daripada kajian tersebut bahan bantu mengajar mampu meningkatkan kefahaman tentang topik yang diajar kepada murid-murid.
            Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran telah ditanyakan oleh ramai tokoh penulis. Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 ) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:
i.                    BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
ii.                  Sebagai daya penarik
iii.                penting kepada seseorang pelajar
iv.                Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
v.                  Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar
vi.                Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
Hal ini selaras seperti mana yang disebutkan oleh Kamarudin Hj. Husin. Kamarudin Hj. Husin ( 1988 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:
i.                    memberi rangsangan dan minat murid-muird.
ii.                  ii. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
iii.                iii. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.
iv.                iv. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.

No comments:

Post a Comment

bahan bantu mengajar

 KEBAIKAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR (BBM) Salah satu kebaikan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) ialah dapat memberikan kefahaman kepada pelajar...