Saturday, 10 June 2017

bahan bantu mengajar

 KEBAIKAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR (BBM)

Salah satu kebaikan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) ialah dapat memberikan kefahaman kepada pelajar tentang konsep sesuatu perkara semasa belajar. Hal ini disokong oleh Nor Azlan dan Nurdalina. Menurut Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar memainkan peranan penting kearah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik  minat   pelajar   dalam   mata pelajaran.   Bahan   bantu  mengajar   merupakan instrumen dalam membantu pemahaman para pelajar. Pertama, bahan bantu mengajar juga dikatakan lebih membantu merangsang dunia pelajar untuk pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Noor Azlan dan Nurdalina (2010) Bahan bantu mengajar juga dapat menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.  Hal ini dapat digambarkan seperti seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan Bahan Bantu Mengajar (BBM) agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru. Menurut Finkbeiner (2001) tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan BBM iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran. Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Hal ini disokong juga oleh kajian yang dilakukan Hamdan dan Surizan (2010) iaitu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang direka cipta seperti jangka sudut khas dapat meningkatkan   dan   mempercepatkan   lagi   proses   pemahaman   konsep   dan   penguasaan   topik penjelmaan kerana pelajar dapat mengaplikasikan sendiri dengan menggunakan bahan maujud untuk direalisasikan dalam kemahiran topik penjelmaan khususnya subtopik putaran.
            Selain itu,  penggunaan   bahan   bantu   mengajar   juga   dapat   mencetuskan   minat   pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar (Noor Azlan, Nurdalina, 2010). Norma (2004) juga menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses   pembelajaran   yang   menyeronokkan.   Pembelajaran   yang   menyeronokkan   ini   dapat membantu para pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang.
            Bukan itu sahaja,  pelbagai   bahan   bantu   mengajar   digunakan   sebagai   satu   cara   untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Cara penggunaan bahan bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka (Norma,2004) .
            Seterusnya, BBM juga memberi kebaikan kepada pelajar dari segi pengalaman pancaindera. Menurut Norma (2004)  penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran. Keenam, Saridah (2006)  pula  menyatakan  bahan bantu  mengajar  sesuatu mata pelajaran seperti perisian multimedia dapat menyokong pembelajaran kendiri. Perisian perisian memberi peluang kepada   pelajar  untuk  memilih   maklumat   yang  disukai   mengikut  kebolehan   masing-masing kerana pelajar dapat memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran dengan kadar yang cepat. Pembelajaran dapat dilakukan berulang kali, terutamanya untuk topik yang agak sukar.
            Di samping itu, Rohana Zubir (1987) berpendapat bahawa bahan pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan minat dan kesungguhan di kalangan pelajar. Sekiranya penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kerap dilakukan oleh guru, kemungkinan pelajar akan dapat mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan. Zuraidah (l988) telah menjalankan kajian ke atas pelajar di sebuah sekolah menengah di Seremban bagi rnelihat keberkesanan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran kimia. Pelajar-pelajar telah menyatakan bahawa penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran amat berkesan dalarn membantu proses pengajaran mereka. Menurut Mohd Dahlan(l992), telah rnembuat kajian tentang keberkesanan penggunaan alat dan bahan bantu rnengajar peserta-peserta kursus perguruan khas dalam pengajaran dan pembelajaran. Didapati daripada kajian tersebut bahan bantu mengajar mampu meningkatkan kefahaman tentang topik yang diajar kepada murid-murid.
            Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran telah ditanyakan oleh ramai tokoh penulis. Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 ) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:
i.                    BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
ii.                  Sebagai daya penarik
iii.                penting kepada seseorang pelajar
iv.                Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
v.                  Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar
vi.                Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
Hal ini selaras seperti mana yang disebutkan oleh Kamarudin Hj. Husin. Kamarudin Hj. Husin ( 1988 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:
i.                    memberi rangsangan dan minat murid-muird.
ii.                  ii. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
iii.                iii. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.
iv.                iv. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.

adab menuntut ilmu

ADAB MENUNTUT ILMU MENURUT IMAM AL-SYAFI’E


1) Ikhlas Kerana Allah:
“Siapa menuntut ilmu untuk meraih kebahagiaan negeri akhirat; ia akan beruntung meraih kemuliaan dari Allah yang Maha Pemberi Petunjuk…”
2) Meninggalkan Perbuatan Maksiat dan Dosa:
“Aku mengadu kepada Waqi’ tentang kelemahan hafalanku; ia pun memberikan nasihat agar aku meninggalkan maksiat; Ia memberitahuku pula bahawa ilmu itu cahaya; dan cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang maksiat.”
3) Menuntut Ilmu Sejak Kecil:
“Siapa yang kehilangan waktu belajar pada waktu mudanya; takbirkan dia empat kali; anggap saja ia sudah mati. Seorang pemuda akan bererti apabila ia berilmu dan bertaqwa; Jika dua hal itu tiada, pemuda pun tak bermakna lagi.”
4) Mencatat Setiap Ilmu yang dipelajari:
“Ilmu itu bagaikan binatang buruan, dan menulis adalah pengikatnya; ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat; Sebab di antara bentuk kejahilan, engkau memburu seekor rusa; lalu kau biarkan rusa itu bebas begitu saja.”
5) Sabar Ketika Dibimbing Guru:
“Sabarlah dengan sikap guru yang terasa pahit di hatimu; sebab kegagalan itu disebabkan meninggalkan guru. Barangsiapa yang tak mahu merasakan pahitnya menuntut ilmu sesaat, sepanjang hidupnya ia akan menjadi orang hina kerana kejahilannya.”
6) Menguruskan Waktu dengan Bijak:
“Takkan ada seorang pun yang akan mencapai seluruh ilmu; takkan ada, meskipun ia terus berusaha seribu tahun lamanya. Sesungguhnya ilmu itu bagaikan lautan yang sangat dalam, sebab itu ambilah semua yang terbaik dari ilmu yang ada.”
7) Menikmati Ilmu yang Dipelajari:
“Malam-malamku untuk mempelajari ilmu terasa lebih indah daripada bersentuhan dengan wanita cantik dan aroma minyak wangi. Mata penaku yang tertuang dalam lembaran-lembaran kertasku lebih nikmat daripada bercinta dan bercumbu. Menepuk debu-debu yang menempel di lembaran-lembaran kertasku lebih indah suaranya daripada tepukan rebana gadis jelita.”
8) Bergaul/Berkawan dengan Orang Berilmu dan Soleh:
“Bergaullah dengan orang-orang berilmu dan bertemanlah dengan orang-orang soleh di antara mereka; sebab berteman dengan mereka sangat bermanfaat dan bergaul dengan mereka akan membawa keuntungan. Janganlah kau merendahkan mereka dengan pandanganmu; sebab mereka seperti bintang yang memberi petunjuk, tiada bintang yang seperti mereka.”
9) Mengembara Mencari Ilmu:
“Mengembaralah! Engkau akan mendapat sahabat-sahabat pengganti sahabat-sahabat yang ditinggalkan. Bekerja keraslah, kerana kelazatan hidup adalah dalam bekerja keras. Saya berpendapat bahawa air jika tetap di suatu tempat, ia akan busuk. Jika ia mengalir barulah ia bersih, dan kalau tidak mengalir akan menjadi kotor. Singa, jika tidak keluar dari sarangnya, ia tak akan dapat makan. Anak panah jika tak meluncur dari busurnya ia takkan mengena.”
10) Menghargai Pendapat Orang Lain:
“Jika Anda benar-benar memiliki ilmu dan pemahaman tentang ikhtilaf ulama dulu dan sekarang. Maka hadapilah lawan perbincanganmu dengan tenang dan bijak; jangan sombong dan keras kepala.”
11) Tak Pernah Puas dengan Ilmu:
“Setiap kali aku mendapat pelajaran dari masa, setiap kali itu pula aku tahu segala kekurangan akalku. Setiap ilmuku bertambah, setiap itu pula bertambah pengetahuanku tentang kejahilanku.”


ADAB MENUNTUT ILMU MENURUT IMAM AL-GHAZALI
1) Menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni, kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya dan jiwa yang sentiasa bersih dan tenang.
2) Penuntut ilmu disarankan tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan yang berpotensi melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran.
3) Penuntut ilmu tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak terhadap golongan intelektual dan guru.
4) Orang yang bersifat tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu mengelakkan diri mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat dalam kalangan manusia sama ada yang melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat.
5) Penuntut ilmu tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmu yang terpuji melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik mungkin.
6) Tidak memaksa diri untuk menguasai semua disiplin ilmu secara sekaligus.
7) Penuntut ilmu tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami dengan mahir cabang ilmu yang sebelumnya.
8) Penuntut ilmu perlu mengetahui hakikat dan objektif sesuatu disiplin ilmu yang dipelajari.
9) Penuntut ilmu perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama manusia.
10) Penuntut ilmu perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari bertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmu yang berbentuk sampingan.

ciri-ciri sahsiah pendidik

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Sedikit perkongsian dari saya yang serba kekurangan..
Anda bercita-cita hendak menjadi seorang guru?well done!teruskan impian anda tetapi anda perlu membuat keputusan yang sangat teliti memndangkan ia mengambil kesan yang berpanjangan..

Menurut Kottler dan Zehm(2000) antara sifat-sifat sahsiah guru yang hebat ialah perlu mempunyai ciri-ciri tersebut.

Karismatik
-suatu kuasa tentang diri yang dapat menarik minat orang lain.
-ciri yang terdapat pada seorang guru yang karismatik ini merupakan sifat yang unik yang menyebabkan guru tersebut disukai oleh para muridnya.
contoh:kebolehan guru tersebut  dalam mengawal kelas dengan mengaplikasikan cara yang unik dan menarik atau menggunakan bahan dan lat bantu mengajar yang kreatif dan bersahaja yang membuatkan mata pelajatran yang sukar menjadi mata pelajaran yang digemari oleh para muridnya.


Penyayang
-sifat penyayang sudah semestinya dengan mengambil berat dan menyayangi orang lain serta prihatin sesama.
-merupakan aspek yang sangat penting dalam pendidikan yang membolehkan anak didiknya mudah untuk mempercayai ini disebabkan mereka akan berasa lebih selamat.
-guru yang bersifat mengambil berat terhadap diri anak didiknya akan sentiasa  dihormati dan disayangi.
contoh:Adakalanya dengan bertanya khabar,lontaran kata-kata semangat,sebarkan senyuman kepada seseorang murid juga akan menyebabkan murid yang mengalami kepayahan dalam hidup automatik mereka akan berasa lebih tenang kerana mereka percaya bahawa masih ada yang prihatin terhadap hidup mereka.

Keadilan

-memberi hak kepada mereka yang berhak.
-Ketidakadilan boleh dirasai apabila suatu tindakan yang tidak dilakukan secara tidak saksama.
-seorang guru perlu bijak dalam mengambil sebarang tindakan dengan membuat keputusan yang sama rata,tanpa pilih kasih,darjat dan rupa serta kepentingan seseorang.
-sikap bias atau pilih kasih amat sangat perlu dielakkan bagi seorang guru yang memiliki sahsiah yang baik.

Kecindan

-maksud kecindan ialah kelakar yang tiada unsur lucah
-dalam dunia pendidikan semestinya memerlukan suasana yang ceria dan harmoni,supaya murid tidak cepat berasa bosan.
-Antara cara untuk mendapatkan dan menarik minat murid-murid supaya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran mereka ialah dengan adanya unsur kecindan dan sesekali mesti ada masa untuk bermain demi melepaskan tekanan belajar para murid dengan syarat perlulah bersesuaian dengan usia perkembangan dan peredaran zaman.

Haaa..dah tahu serba sikit kan...aplikasilah dalam kehidupan anda sebagai seorang guru...Semoga dapat memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak didik anda...
k Byeee.

 













bahan bantu mengajar

 KEBAIKAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR (BBM) Salah satu kebaikan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) ialah dapat memberikan kefahaman kepada pelajar...